Pengurusan konflik suami-isteri...

Umpama air laut, ada pasang surutnya, perumpamaan yang paling sesuai menggambarkan kerukunan dalam sesebuah rumahtangga. Setiap perkahwinan memerlukan pengorbanan baik di pihak isteri mahupun suami. Jika sebelum ini  segala tanpa perlu dikongsi, namun dalam melayari kehidupan berumahtangga segala cabaran dan rintangan perlu dihadapi bersama. Perkahwinan merupakan perkongsian hidup yang memerlukan pengorbanan dan komitmen yang serius diantara lelaki dan wanita bagi menjamin kelangsungan hidup bersama sepanjang hayat. Tidak dinafikan berlaku penafian dan konflik diawal-awal perkahwinan. Ini kerana masing-masing mempunyai tahap kegoan masing-masing serta proses mengenali hati-budi antara suami dan isteri.
Setiap pasangan perlu mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk mengatasi dan menangani konflik yang berlaku untuk mengelakkan konflik menjadi lebih serius.
Cara menangani konflik:
1. Mengenalpasti punca timbul konflik
2. Utamakan perbincangan bukan bersendirian.
3. Pilih cara yang tidak memerlukan jalan penyelesaian yang rumit dan elakkan melibatkan banyak pihak.


 





 4. Jangan mencari kelemahan pasangan, sebaiknya bermuhasabah diri dan baiki kelemahan yang ada pada
    diri sendiri. (Tidak salah untuk mengalah, mengalah bukan bererti kalah).
5. Jujur dan sedia mendengar.
6. Masa yang sesuai.
7. Doa yang berterusan kepada Allah. (Langkah paling berkesan jika ditimpa musibah).
Bagi pasangan, jika dahulu kita hidup bersendirian, kini dalam diri kita ada suami begitu juga dalam diri suami ada kita, Tidak salah bercanggah pendapat, tetapi ingat mungkin pendapat kita betul atau tidak....

-WSLM-
Gulakapas 

Comments

Popular posts from this blog

RON 95 @ RON 97

Dulu, Kini Dan Selamanya...